NAMA
|
SITI AISYAH RADHIYYAH BINTI NORIZAN
|
ANGKA GILIRAN
|
2019092350224
|
UNIT
|
PAI 6
|
Kesihatan ialah keadaan tubuh badan
seseorang yang bebas dari sebarang penyakit dan masalah dari segi fizikal,
mental dan sosial. Kecergasan pula merujuk keadaan seseorang yang dapat
melakukan aktiviti seharian tanpa keletihan.
Pada 10 September 2019
yang lalu, saya telah menjalani ujian amali SEGAK dan Bleep yang diadakan di
Dewan Al-Farabi. Melalui ujian tersebut, saya berhasil membuat sedikit analisis
dan kesimpulan berkaitan tahap kesihatan dan kecergasan diri saya. Proses
pelaksanaan ujian merangkumi ujian Bleep, Indeks Jisim Badan (BMI), ujian bangkit tubi
dan ringkuk tubi separa, ujian jangkauan melunjur dan ujian naik turun bangku. Berdasarkan
ujian tersebut, saya dapati tahap kecergasan dan kesihatan diri saya sekarang
telah meningkat berbanding sebelumnya. Ini kerana, saya mencatatkan peningkatan
prestasi pada kesemua jenis ujian.
Peningkatan ketara saya
terbukti pada ujian Bleep, di mana saya berjaya ke peringkat 3-5 pada ujian
post berbanding 2-5 pada ujian pra. Selain itu, saya turut berjaya mengekalkan
bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) saya pada tahap ideal, iaitu dalam lingkungan 18.5-24.9. Pada ujian pra yang
dilaksanakan pada 9 Julai 2019, bacaan Indeks Jisim Badan saya ialah 20.7
manakala ujian post pada 10 September
2019 pula, bacaan tersebut bertambah sedikit kepada 21.9, tetapi masih pada
tahap normal. Seterusnya, bagi ujian tekan tubi, saya berjaya melakukan
sebanyak 20 kali tekan tubi pada ujian pra dan 28 kali pada ujian post. Saya
berjaya melakukan 15 kali bilangan ringkuk tubi separa pada ujian pra dan 17
kali pada ujian post. Selain itu, bagi ujian naik turun bangku pula, bacaan
nadi saya adalah 108 dan144 masing-masing pada ujian pra dan post dan dalam
ujian jangkauan melunjur saya berjaya meningkatkan jarak jangkauan dari 31 cm
pada ujian pra kepada 35 cm pada ujian post yang lalu.
Berdasarkan maklumat
keputusan menyeluruh ujian-ujian di atas, berikut merupakan beberapa analisis
yang saya lakukan. Pertama, rekod keputusan ujian pra saya adalah rendah kerana
kesemua otot badan saya tidak dapat menunjukkan tahap kecergasan yang maksimum.
Ini berkemungkinan kerana, ujian pra dijalankan pada awal semester iaitu
setelah saya lama bercuti, maka gaya hidup dan rutin harian saya yang tidak
terancang sebelumnya menjadikan kekuatan fizikal dan mental saya rendah. Makan
tanpa mematuhi piramid makanan dan kurang beraktiviti fizikal mengurangkan daya
ketahanan tubuh badan saya.
Setelah lebih dua bulan memasuki semester ini, saya sudah dapat membiasakan diri dengan rutin harian di sini. Rutin harian saya menjadi semakin aktif dan saya juga terlibat dengan lebih banyak pergerakan dan aktiviti senaman dan riadah pada setiap hari. Faktor-faktor ini membantu saya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh saya seterusnya membolehkan saya mencapai skor yang lebih baik pada ujian post.
Kesimpulannya, ujian amali ini membuktikan daya ketahanan otot trisep dan pektoral, otot abdomen, fleksibiliti belakang badan dan kekuatan daya tahan kardiovaskular tubuh badan saya adalah normal. Maka, saya mestilah berusaha mengekalkannya bagi memastikan kecergasan diri saya dapat dikekalkan.
RUJUKAN
Ann, L. K. (2014, Januari
17). Diakses daripada Apakah Maksud Kesihatan: https://prezi.com/
mojvypa_o8dl/apakah-maksud-kesihatan/
Setapa, W. S. (2015, September 30). Modul Pembelajaran Kesihatan dan
Kesejahteraan. Diakses daripada
https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/modul-pembelajaran-kesihatan-dan-kesejahteraan
Shamsuddin, K. (n.d.). Definisi Kesihatan. Diakses daripada
https://www.academia.edu/ 23402689/Definisi_Kesihatan
Tipsbijak. (2011, Julai 7). Diakses daripada Kesihatan Diri:
http://tipsbijakkesihatan.blogspot.com/ 2011/07/definisi-kesihatan.html