Saturday, September 21, 2019

Tugasan 4: Penulisan Refleksi

              
Kesihatan ialah keadaan tubuh badan seseorang yang bebas dari sebarang penyakit dan masalah dari segi fizikal, mental dan sosial. Kecergasan pula merujuk keadaan seseorang yang dapat melakukan aktiviti seharian tanpa keletihan.
Pada 10 September 2019 yang lalu, saya telah menjalani ujian amali SEGAK dan Bleep yang diadakan di Dewan Al-Farabi. Melalui ujian tersebut, saya berhasil membuat sedikit analisis dan kesimpulan berkaitan tahap kesihatan dan kecergasan diri saya. Proses pelaksanaan ujian merangkumi ujian Bleep,  Indeks Jisim Badan (BMI), ujian bangkit tubi dan ringkuk tubi separa, ujian jangkauan melunjur dan ujian naik turun bangku. Berdasarkan ujian tersebut, saya dapati tahap kecergasan dan kesihatan diri saya sekarang telah meningkat berbanding sebelumnya. Ini kerana, saya mencatatkan peningkatan prestasi pada kesemua jenis ujian.
Peningkatan ketara saya terbukti pada ujian Bleep, di mana saya berjaya ke peringkat 3-5 pada ujian post berbanding 2-5 pada ujian pra. Selain itu, saya turut berjaya mengekalkan bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) saya pada tahap ideal, iaitu dalam  lingkungan 18.5-24.9. Pada ujian pra yang dilaksanakan pada 9 Julai 2019, bacaan Indeks Jisim Badan saya ialah 20.7 manakala  ujian post pada 10 September 2019 pula, bacaan tersebut bertambah sedikit kepada 21.9, tetapi masih pada tahap normal. Seterusnya, bagi ujian tekan tubi, saya berjaya melakukan sebanyak 20 kali tekan tubi pada ujian pra dan 28 kali pada ujian post. Saya berjaya melakukan 15 kali bilangan ringkuk tubi separa pada ujian pra dan 17 kali pada ujian post. Selain itu, bagi ujian naik turun bangku pula, bacaan nadi saya adalah 108 dan144 masing-masing pada ujian pra dan post dan dalam ujian jangkauan melunjur saya berjaya meningkatkan jarak jangkauan dari 31 cm pada ujian pra kepada 35 cm pada ujian post yang lalu.
Berdasarkan maklumat keputusan menyeluruh ujian-ujian di atas, berikut merupakan beberapa analisis yang saya lakukan. Pertama, rekod keputusan ujian pra saya adalah rendah kerana kesemua otot badan saya tidak dapat menunjukkan tahap kecergasan yang maksimum. Ini berkemungkinan kerana, ujian pra dijalankan pada awal semester iaitu setelah saya lama bercuti, maka gaya hidup dan rutin harian saya yang tidak terancang sebelumnya menjadikan kekuatan fizikal dan mental saya rendah. Makan tanpa mematuhi piramid makanan dan kurang beraktiviti fizikal mengurangkan daya ketahanan tubuh  badan saya.


Setelah lebih dua bulan memasuki semester ini, saya sudah dapat membiasakan diri dengan rutin harian di sini. Rutin harian saya menjadi semakin aktif dan saya juga terlibat dengan lebih banyak pergerakan dan aktiviti senaman dan riadah pada setiap hari.  Faktor-faktor ini membantu saya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh saya seterusnya membolehkan saya mencapai skor yang lebih baik pada ujian post.
Kesimpulannya, ujian amali ini membuktikan daya ketahanan otot trisep dan pektoral,  otot abdomen, fleksibiliti belakang badan dan kekuatan daya tahan kardiovaskular tubuh badan saya adalah normal. Maka, saya mestilah berusaha mengekalkannya bagi memastikan kecergasan diri saya dapat dikekalkan.


















RUJUKAN

 

Ann, L. K. (2014, Januari 17). Diakses daripada Apakah Maksud Kesihatan: https://prezi.com/ mojvypa_o8dl/apakah-maksud-kesihatan/
Setapa, W. S. (2015, September 30). Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan. Diakses daripada https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/modul-pembelajaran-kesihatan-dan-kesejahteraan
Shamsuddin, K. (n.d.). Definisi Kesihatan. Diakses daripada https://www.academia.edu/23402689/ Definisi_Kesihatan

Tipsbijak. (2011, Julai 7). Diakses daripada Kesihatan Diri: http://tipsbijakkesihatan.blogspot.com/ 2011/07/definisi-kesihatan.html

No comments:

Post a Comment

Penulisan Refleksi GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan

Tugasan 4: Penulisan Refleksi NAMA SITI AISYAH RADHIYYAH BINTI NORIZAN ANGKA GILIRAN 20190...