PERMAINAN CATUR SEMEMANGNYA BANYAK MEMBERI PENGAJARAN DANLAM HIDUP KITA SEBAGAI SEORANG MANUSIA DAN DAPAT DIKAITKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI,CONTOHNYA...
kita boleh mengambil salah satu falsafah catur: adil. Analoginya setiap pemain perlu memiliki jiwa keadilan yang tinggi. Perlu sportif dengan segala keterbatasan yang dimiliki. Sifat adil inilah yang menentukan keadilan pahlawan. Keadilan menjadikan perlawanan berjalan sempurna dan menarik.Pemain adalah kunci utama permainan. Player is everything. Pemain yang berjaya memenangi permainan atau pertandingan disebut pemenang. Pemenang pasti memiliki sifat melawan dan mendapat nilai mata paling tinggi. Pemenang yang sebenar adalam yang lebih unggul dalam strategi dan mematuhi peraturan permainan.
Selain itu, ada beberapa falsafah dimiliki catur yang sangat berguna untuk kehidupan sehari-harian. Antaranya, “jangan memandang rendah lawan walaupun dia kelihatan seperti tidak ada apa-apa.” Falsafah ini boleh kita ambil daripada askar yang menapak satu langkah, kelihatan biasa dan tidak bererti, sering dipandang sebelah mata dan sering diremehkan peranannya dalam permainan. Namun, jika mampu melalui segala rintangan dan sampai di titik hujung (kotak awal di pihak lawan) akan mampu berubah menjadi buah yang jauh lebih kuat seperti kubu, malah ratu sekalipun.
Sama seperti kehidupan kita, walaupun kita ‘kecil’ tetapi jika berusaha dan kuat berhadapan rintangan yang ada hingga akhir, kita boleh menjadi sesuatu yang ‘besar’.
Dalam permainan catur, ada ketikanya kita akan stuck atau tersepit untuk melangkah. Dalam keadaan ini, strategi dan keputusan jitu supaya boleh meneruskan permainan amat diperlukan.
Dalam kehidupan, perkara ini boleh disamakan seperti keadaan membuat kita tersepit dan berhadapan dengan pilihan sukar sehingga kita perlu mengambil keputusan yang benar-benar matang. Ada kalanya perlu pengorbanan untuk meneruskan masa-masa sukar ini dan menentukan langkah selanjutnya dalam hidup. Menentukan tindakan yang tepat untuk keluar dari masalah ini sama seperti pemain catur dalam kedudukan stuck.
Dalam permainan catur, ada kalanya kita perlu mengorbankan buah yang kita miliki. Memang, untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar, sepatutnya jangan sampai mengorbankan sesuatu. Namun, dengan perhitungan yang matang, tidak ada salahnya berkorban.
Sama juga dalam kehidupan. Ada kalanya kita perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar. Tetapi, jangan korbankan sesuatu tetapi hasilnya lebih kecil daripada apa yang kita korbankan. Apa yang kita terima daripada pengorbanan perlu setanding atau melebihi apa yang kita korbankan.
Dalam catur, untuk menang adalah dengan mengalahkan raja. Namun untuk mengalahkan raja, langkah yang panjang diperlukan. Setiap langkah perlu difikirkan dengan matang.
Dalam kehidupan pun, kita mesti memiliki tujuan dan untuk mencapainya diperlukan strategi dan langkah yang panjang dengan penuh pertimbangan. Tidak boleh hanya berfikir untuk hari ini sahaja. Perlu berfikir untuk masa depan yang mungkin masih jauh. Ini kerana apa yang kita lakukan pada hari ini akan menentukan hasilnya di kemudian hari.
Dalam catur ada kedudukan yang namanya check mate. Bila ini berlaku, bermakna kita sudah menghampiri kekalahan. Namun, kita tidak boleh menyerah dan berusaha untuk menang dalam pertandingan berikutnya.Dalam dunia realiti juga ada check mate, seperti usaha belajar untuk peperiksaan. Jika gagal, kita perlu belajar lagi dan berusaha lebih keras, tanpa putus asa hingga boleh bangun kembali.
Catur adalah kesatuan di mana antara satu posisi dengan yang lain memiliki ikatan kuat. Sama seperti kehidupan seharian kita, yang memerlukan orang lain untuk kelangsungan hidup. Sesungguhnya kita tidak boleh hidup sendirian.
Permainan catur boleh menjadi cermin kepada pemainnya. Bagaimana langkah yang diambil semasa bermain menentukan siapa kita. Adakah cenderung menyerang tetapi berisiko mudah dikalahkan? Atau bertahan menunggu situasi yang tepat, atau dinamik dengan serangan dan bertahan jika diperlukan?
Bagi yang asyik bertahan dan pasif menunjukkan karakter pemain adalah orang yang tenang, cenderung mengikut arus, redha, apa saja ada itulah yang diterima.
Ada pemain yang banyak menyerang. Ini menunjukkan seorang berkeperibadian dinamik, kreatif dan penuh perjuangan. Cuma ada perbezaan kecil pada pemain jenis ini. Ada yang semberono, cepat bertindak tetapi kurang pertimbangan, sehingga risiko gagal adalah besar. Sedangkan pemain yang suka bertahan dan menunggu situasi tepat adalah seorang yang walaupun dinamik dan kreatif, tetapi tetap waspada dan menghitung langkah dengan saksama, ini yang lebih baik. Berani, kreatif dan aktif melawan, tetapi berhati-hati dalam menguji inisiatif tersebut.
Bagaimana anak-anak? Mungkin selama ini ramai di antara kita yang hanya bermain catur tanpa menyedari ia adalah refleksi kehidupan kita. Bolehkah selepas ini kita belajar dan terapkan falsafah catur dalam kehidupan? Sebenarnya ini hanya sebahagian, banyak lagi yang boleh kita perhati, teliti dan fikirkan jika kita mahu.
Semoga falsafah catur ini bermanfaat untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment